XPIn kongsikan hasil pemetaan pembelajaran bagi subjek Kimia oleh sekelompok peserta berpersonalitikan Instinct. Kebiasaannya mereka dikaitkan dengan Tactile Leraning Styles - Gaya belajar melalui Sentuhan.
Mungkin kelihatan seperti biasa, tidak ada perbezaan yang nyata. Namun apabila diamati betul-betul akan kelihatan ciri pemetaan nota yang ketara mewakili ciri kelompok Instinct.
Menurut tadbir XPIn antara ciri pembelajaran kelompok ini adalah bercorak deductive kepada inductive, gambaran 7D (terbalik, berpusing-pusing) dengan corak mapping flow map yang jelas dari pelbagai arah dan sudut. Di samping itu ia juga menzahirkan kombinasi pemetaan 4 in 1 personaliti.
Kelihatan sangat jelas dalam pemetaan nota pembelajaran berikut menghasilkan pola yang nyata pada diri mereka.
Antara ciri yang nyata juga adalah suasana kelompok yang tenang dan harmonis serta kewujudan aktiviti tolong-menolong yang sangat baik.
Comments