top of page

Kepelbagaian Cara Belajar

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Ada jenis manusia dalam pembelajaran ia suka menggunakan pelbagai warna hi liter ataupun membuat ‘book mark’ pada halaman-halaman ataupun poin-poin penting. Takpun jenis hi liter kan semua ayat.


Padanya, semuanya penting kerana kelemahannya tak dapat nak kenal pasti poin-poin penting. Depa ni cenderung sangat kuat menghafaz fakta. Input per output. 10 dapat 10 benda lah depa keluarkan balik ilmunya.. Sejibik.. sejibik.


Sebahagiannya pula suka menggunakan pola pemetaan pembelajaran berbentuk imej untuk ‘memanggil’ ilmu dipelajari yang disimpan dalam memori.

Mereka juga cenderung membina model pembelajaran tersendiri untuk memudahkan/meringkaskan maklumat sepadat mungkin bagi kemudahan penerangan dan kefahaman dll.


Sebahagiannya juga, suka belajar dengan cara berkawan, menyuburkan budaya perbincangan kerana ia sangat membantu mereka ‘mengingat’ fakta.

Kerana melalui perbincanganlah ilmu ‘akan datang’ seolah membisik ke telinganya untuk membantu mereka menyelesaikan ‘task’ yang diperolehi.


Siapakah mereka dengan kecenderungan cara belajar yang mengkhusus sebegitu sekali. Jomm teroka diri kita yang unik untuk bertambah ‘ubudiyyah’ kepada Allah.


Kredit gambar: Miss Dornbos Rocks




0 comments

Recent Posts

See All

Komentar


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page