top of page

Kenali Jenis Darah Anda Serta Pengaruhnya Pada Tingkahlaku

Mohd Azlan Adnan

Kehidupan seharian memungkinkan manusia melalui pelbagai macam pancaroba. Adakalanya senang, mungkin juga sekali kala susah. Ia menyebabkan boleh berlaku serba sedikit turun naik emosi di qolbu.


Kecerdasan emosi - perasaan atau 'syu'uur dalam bahasa arab adalah titik terhalus dalam diri manusia untuk 'merasai'. Letaknya di qolbu insan. Allah mengiktiraf kehadirannya serta menyatakan kehadirannya.


Justeru qolbu penuh dengan emosi. Untuk memudahkan pemahaman dan mengenali lebih dekat adalah penting untuk manusia mengetahui serba sedikit ciri-ciri darah AB, A, B dan O. Ia sangat mempengaruhi tingkah laku manusia terutamanya ketika ia beremosi. Antaranya, di sinilah bermula letaknya kelainan emosi antara manusia untuk sesuatu insiden yang berlaku pada hidup manusia Bagaimana ia berekspresi dan merespon.



Mungkin bagi orang berdarah O merespon kesedihan dengan penuh rasa empati yang tinggi. Manakala bagi orang berdarah A mungkin merespon sesuatu kesedihan dengan fakta logik yang menyebabkan penilaian kesedihan itu berdasarkan hubungan insiden kesedihan tersebut dengan dirinya.


Mengenali cirinya yang khusus akan memudahkan manusia berinteraksi dengan dirinya secara langsung. Darah adalah antara komponen utama manusia yang mengalir seluruh anggota tubuhnya. Sudah tentulah ia punya peranan besar dalam kehidupan.


Respon setiap jenis darah kepada sesuatu insiden dalam kehidupan adalah berbeza. Keperluan pemakanan juga berbeza dalam memberi kesan pada tubuh badan seseorang. Ia juga mempengaruhi pada minat, daya fokus, cara kerja, ibadah, emosi, jenis penyakit dan pelbagai faktor yang lain.


Ciri darah perlu dihadam sebaiknya oleh manusia kerana ia adalah sebahagian komponen diri manusia yang menjadi topik perbincangan alQuran dan alHadith iaitu alQolbu - darah.


Ia sesuai dengan interpretasi AlGhazali tentang khuluq pada manusia iaitu: Sifat yang terenap dalam diri(qolbu - darah) - unconscious dan keluar secara spontan (tingkahlaku) - conscious.


Kredit gambar: Blog Hitam Merah Putih by Mami Airis



1 comment

Recent Posts

See All

Aplikasi Personaliti Dalam Matematik

Latih tubi adalah asas terpenting dalam pembelajaran matematik. Ia adalah aspek pengukuhan dan pemantapan secara individual yang paling...

1 comentario


Jaffar Khalid
Jaffar Khalid
25 dic 2024
Me gusta

©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page