top of page

Kembara Ilmu: Sharing

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Meneruskan siri perkongsian ‘kenal diri’ bersama ibubapa untuk sesi baru persekolahan di SRI Nilai.


Set induksi sesi ceramah kali ini adalah mengajak ibubapa untuk mengenali ‘OS’ - operating system’ pelbagai jenama hand phone yang berada di pasaran. Ramai yang boleh menjawab dengan baik soalan tersebut.


Namun malangnya, tanpa kita sedari tak ramai manusia yang mahu ambil ‘endah’ tentang ‘OS’ diri sendiri. Tak ramai yang kenal diri dalam hidup mereka. Sedangkan ia adalah sesuatu yang ‘crucial’ untuk kehidupan ini.

OS untuk manusia adalah ‘type of personality’. Ada pelbagai inventori untuk kenal jenis personaliti dsbnya.


Dalam bahasa arab inventori personaliti ini membawa erti makrifah alNafs - kenal diri.

Keperluan untuk mengenal diri adalah untuk memahami kepelbagaian manusia dan perbezaannya.


Sesungguhnya ’kenal diri’ banyak membantu manusia untuk mengurangkan, mengendurkan ketegangan diri.

Membantu diri untuk introspeksi kekuatan dan kelemahan diri, menghargai diri, membangunkan kompetensi diri, mandiri dan pelbagai macam kelebihan yang tak terperi banyaknya.


Hakikat tertinggi apabila ’kenal diri’ adalah membawa kepada ‘makrifatullah - kenal Allah. Sekaligus membawa kepada rasa kekerdilan diri sebagai makhluk yang serba tak sempurna. Sentiasa memerlukan pihak lain bagi melestarikan kehidupan. Begitulah semestinya.



0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Σχόλια


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page