Perkongsian santai bersama komuniti wanita di Daerah Jempol. Mengajak peserta mengenali diri lebih dekat. Meneroka kekuatan dan kelemahan diri, kompetensi diri, perbezaan orientasi diri sekaligus aplikasi kendiri dalam kehidupan seharian.
Setiap manusia ada nilai sendiri. Justeru bagi mempastikan kesejahteraan wujud adalah penting ia memahami sesuatu isu terlebih dahulu dari sudut diri mereka. Ia sekali-kali tidak boleh memaksakan nilainya pada orang lain.
Lalu seterusnya ia mengendurkan ketegangan dengan memahami sudut pandang orang lain dari ruang rujuk diri mereka(orang tersebut). Lantaran itu terbitlah keharmonian kehidupan lalu semakin mengecillah tekanan dan perbezaan. Begitulah kesejahteraan terbina.
Jommm!!! Cuba latih diri kita menerima orang lain seadanya.. menerima tanpa syarat.. menebarkan keterbukaan, kerahmatan, kasih sayang seluasnya..
Melatih diri untuk cuba berlapang dada, membuang toksid diri(takhalli su'uz zhon) lalu masukkan vaksin diri(tahalli husnuz zhon). Begitulah seadanya.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_d6803ab6506b4d5d8478556ed95615a7~mv2.png/v1/fill/w_980,h_1306,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d91bdf_d6803ab6506b4d5d8478556ed95615a7~mv2.png)
Comments