Program-program pembangunan kendiri XPIn berfokus kepada pembangunan dominan personaliti manusia.
Contohnya: Bagi Personaliti Intuition mempunyai ciri peribadi tertentu yang tekal serta komponen profiling kendiri tersendiri baik dari segi kemestri diri, keupayaan multi dimensional 3D nya, kebolehan spatial visual yang hebat.
Jika rahsia kehebatan manusia ini dibongkar sedalamnya maka akan menyerlahkan keupayaan luar biasa individu terbabit. Barulah dapat difahami kenapa wujud perbezaan antara manusia.
Bermula dengan pengenalan pelbagai teori tentang manusia, pendidikan, pembelajaran dll. Lalu pontensi diri dan kompetensi manusia dibongkar oleh ujian-ujian psikometrik pelbagai tujuan. Ia akan menyerlahkan 'sifat yang terenap dalam diri' sekaligus memudahkan manusia melakukan proses intervensi pada manusia.
Menariknya, semua pengetahuan tersebut bersinergi antara satu sama lain. XPIn dapat menyambung klu-klu umpama 'rubic game' tersebut untuk menghasilkan modul-modul pembangunan insannya. Ia bermula dengan pemahaman pada modul XPIn Personaliti dengan profiling kendiri yang mendalam. Dalam bahasa AlGhazali disebut sebagai makrifah nafs.
Комментарии