Ayuhh saudara!!! Hati-hati dengan sikap enggan, engkar, menafikan dan setara dengannya. Ia adalah normal dalam kehidupan manusia. Namun jika ia melampau, melanggar lunas, berterusan ia boleh memudaratkan diri dan kehidupan.
Waspada!!! Keengganan, keengkaran yang berulang akan berseiring dengan sikap sombong dan angkuh. Kawallah tingkahlaku tersebut sebaiknya.
Kesombongan manusia bermula dari keengkaran perkara-perkara kecil. Namun ia menjadi besar apabila dibiarkan berkembang biak dalam diri. Cegah sebelum parah, ubah sebelum rebah. Begitulah Iblis sombong dengan asal-usul kejadiannya dari api yang membakar berbanding dengan Adam a.s dari kononnya 'tanah yang hina'.
Iblis antara malaikat penghuni syurga, terbilang amalannya dan pelbagai kehebatan lainnya tercampak keluar dari syurga atas keangkuhan. Lantaran itu ia tergolong dalam kalangan kafirin. Kafir dengan maksud yang luas. Tidak loyal, khianat, direspect, irihati, hasad dengki, merasa mulia, sempurna dan lebih baik, ujub dan banyak lagi.
Awasilah kerasionalan akal kita, tingkatkan qolbun salim - kesejahteraan qolbu(EQ), lonjakan spiritualitas (SQ) untuk kedamaian hidup yang abadi. Moga babak-babak kehidupan di dalam alQuran menjadi panduan kita semua. Allahul musta'aan.
Comments