Kecerdasan spatial memiliki kaitan erat dengan space yang berarti ruang. Di dalam kecerdasan majmuk atau multiple intelligence, kecerdasan spatiaal adalah jenis kemampuan seseorang dalam mengenali pola ruang secara akurat, mengidentifikasi idea grafik dan menterjemahkan pola ruang secara tepat.
Ketika seseorang 'menunggal' dalam kecerdasan ini, maka ia akan mudah menjelaskan tentang sebuah tempat atau ruang secara tepat dan akurat.
Misalnya ketika menjawab pertanyaan dimana letak Shah Alam? Maka otak akan segera berfikir dan 'membayangkan - visualisasikan' lantas menjawab bahawa Shah Alam berada di bahagian Tengah Semenanjung, dan terletak bersebelahan bandaraya Kuala Lumpur. Begitulah keistimewaan mereka.
Justeru terkait dengan aktiviti pembelajaran dan penghafazan alQuran berlaku mereka sangat cenderung memahami seluruh isi kandungan bahan yang dibaca lalu mendatangkan konsep-konsep tersendiri melalui 'mapping' yang dipetakan diatas kertas.
Antara skil lain yang digunakan adalah memvisualkan pada minda poin-poin penting pembelajaran@penghafazan alQuran.
Mereka juga bertambah bertenaga apabila melorekkan idea-idea yang terawang-awang di fikiran di atas kertas. Keadaan ini berlaku kerana keadaan mereka yang mudah lupa.
Mereka juga seringkali 'membulatkan' poin-poin penting(isi-isi) yang perlu diingat apabila sesi ulangkaji pembelajaran ataupun pada ayat-ayat yang sukar, mutashabihat atau sering terkhilaf.
Bagi mencapai tahap keberkesanan pembelajaran dan penghafazan alQuran 'trend' belajar mereka perlulah dibuat 'ulang tubi' dengan dipimpin oleh 'coach' yang terhormat.
Ulang tubi yang pantas serta bervariasi dengan kerangka 'mapping - multi segment' sekaligus menyebabkan mereka mampu memberikan fokus yang maksimum serta mendapat manfaat yang besar. Sedangkan jika ia bersendirian, untuk mendapatkan adalah sesuatu yang sangat mencabar bagi diri mereka.
Begitulah serba sedikit perkongsian bagi kelompok yang mempunyai kebolehan 'menunggal' dalam 'Kecerdasan Spatial' mereka.
Bình luận