top of page

Kajian Keberkesanan Pembelajaran Melalui Teknik Chunking

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Ada banyak teknik mengingat. Antara paling tersohor adalah mnemonic memory yang mempunyai hampir 9 teknik atau lebih.


XPIn Huffaz mengemukakan kaedah hafazan berasaskan personaliti. Salah satu pendekatan hafazan berasaskan personaliti adalah menggunakan teknik 'chunking'.


Ia disesuaikan berdasarkan satu teknik pembelajaran dikenali mnemonic memory learning styles. Teknik chunking sesuai untuk sebahagian individu yang mempunyai corak pemprosesan kognitif berasaskan kekuatan memori dengan skil tersendiri.


Tidak semua individu cenderung kepada teknik tersebut kerana berlaku perbezaan orientasi kognitif. Seperti ada individu punya kekuatan visualisasi, audiotori, writing dan beberapa teknik yang lain. Siapakah mereka sebenarnya?? Jawapannya ada dalam pelaksanaan program XPIn Huffaz.

XPIn kongsikan sedikit konklusi daripada kajian tentang keberkesanan kaedah ingatan 'chunking' dalam pembelajaran.


Ingatan jangka pendek (short term memory) kita mempunyai kapasiti terhad untuk mengambil maklumat dan mengekalkan ingatan penyimpanan maklumat tersebut.

Walau bagaimanapun, ini boleh dipertingkatkan dengan pelbagai teknik ingatan terutamanya membahagikan maklumat kepada bahagian yang lebih kecil.


Untuk membantu peningkatan ingatan ini, dikongsikan satu kajian perbandingan keberkesanan tiga kaedah chunk, iaitu One-Chunk, Two-Chunk, dan ThreeChunk, untuk meningkatkan kapasiti menyimpan maklumat dalam bentuk huruf dan nombor dalam penyimpanan jangka pendek.

Kajian tersebut mendedahkan bahawa keupayaan untuk ingat sepuluh abjad berbeza dan sepuluh digit berbeza berbeza secara statistik, bergantung pada cara maklumat telah terkumpul.


Untuk lebih tepat, pelajar boleh menghafal maklumat apabila dibahagikan kepada 2 atau 3 bahagian lebih berkesan daripada satu set penuh data (1 bahagian) kerana skor min yang diperoleh dalam kedua-dua kaedah chunking secara statistik lebih besar daripada skor Satu-Chunk menyampaikan maklumat.


Walau bagaimanapun, penemuan hanya bergantung pada satu jenis maklumat supaya kajian lanjut dapat dilakukan untuk meneroka perkara ini dengan maklumat yang lebih rumit.

Implikasi pendidikan boleh diambil daripada kajian ini. Untuk membantu murid menghafal dan mengekalkan bahan pembelajaran dengan lebih berkesan, adalah penting untuk membantu mengelaskannya kepada 2-3 kumpulan maklumat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page