top of page

Jomm!!!! Teroka Psikologi Menurut Perspektif Islam

Mohd Azlan Adnan

Updated: Jan 1

XPIn Xplorasi Potensi Islam melalui modul XPIn Psikospiritual menawarkan solusi utama untuk kesejahteraan diri manusia melalui kesejahteraan qolbu. Manual program dibangunkan melalui rujukan utama alQuran dan alSunnah, tafsir, seerah, kitab-kitab ulama muktabar dan pelbagai sumber primer yang lain.


Sumber utama Psikologi Islam wajib berdiri di atas paksi alQuran dan alSunnah. Bermula dari terminologi, bahasa, istilah sehingga kandungan, amalan, intervensi, konteks, konsep dll. Ia punya ruh - semangat - sendiri melalui penjiwaan yang mendalam melalui sumber asal.


Tidak cukup memahami Psikologi Islam melalui kerangka kontemporari. Wujud persamaan namun ada perbezaannya. Disebabkan objek kajian adalah sama iaitu manusia.


Justeru usaha-usaha integrasi, interkoneksi, perbandingan adalah rangka kerja yang terpuji. Timbal balas ilmu memperkayakan dan memperluaskan capaian pengetahuan.


Bagi muslim yang utama adalah keperluan ia menjaga maslahah Islam dan iman - akidah - mereka. Ada garis halus yang memisahkan keduanya. Justeru berhati-hatilah.


Dikongsikan sebahagian tajuk berkaitan Psikologi Islam bersumberkan alQuran dan alHadith. Semoga perkongsian memberi manfaat pada komuniti dalam memahami sudut pandang Islam tentang hal ehwal kejiwaan - nafs.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page