top of page

Jiwa Yang Ammarah vs Jiwa Yang Bersifat Ammarah

Mohd Azlan Adnan

Updated: Mar 4, 2024

Surah Yusuf: 53 menjadi rujukan serta seluruh pengkisahan dan ibrah dalam surah Yusuf menjadi panduan.

Mungkin ada kedapatan sesetengah orang beranggapan ammarah itu sifat marah ataupun sangat marah. Mungkin ada juga memahami dengan maksud lain berdasarkan kefahaman sendiri. Pemahaman tersebut agak tersasar dari maksud sebenar yang dimahukan.


Mahu atau tidak untuk memahami pengertian kalimah 'ammarah' perlulah kembali kepada akar bahasa perkataan tersebut terbentuk. Ammarah berasal dari perkataan 'amara' Perintah, arahan, suruh - feel madei(kata kerja past tense) atas wazan 'fa'ala' . Perkataan 'ammarah' menggunakah wazan 'fa'aala - perbuatan yang bersangatan.


Manakala 'ammarah' juga adalah sighah muballaghah bermaksud 'bersangatan - ekstrem, memerintah - mendorong - melampau.


Apabila perkataan nafs digabungkan dengan al-Ammarah ia menjadi kalimah mudhof(sandar), mudhofun ilayhi(disandarkan padanya lalu menjadi kalimah nafsul ammarah - jiwa yang melampau.


Dalam aras yang lain kalimah nafsul ammarah boleh menjadi sifat dan mausuf(sifat dan benda yang disifatkan/mubtada' dan khabar(subjek dan predikat) juga menjadi isim makrifah (gantinama khas) iaitu Al-Nafs al-Ammarah ia akan bertukar kepada makna yang lain iaitu 'jiwa yang bersifat sangat melampau'. Sudah tentulah kedua makna tersebut mempunyai maksud yang berbeza serta aplikasi yang berbeza.


Lanjutan dari itu memberi kefahaman yang berbeza bagi sesorang muslim yang menekuni pendalilan al-Quran dalam konteks perbaikan insan. Lebih spesifik lagi, ia amat signifikan bagi seorang kaunselor dan psikologis muslim untuk memahami secara intensif bagi membantu menanggapi isu yang dihadapi oleh klien lebih baik.


Pemahaman yang betul dan tepat tentang ammarah penting kerana ia memberi implikasi intervensi yang berbeza bagi setiap tingkahlaku ammarah yang dihadapi oleh manusia dari perspektif psikospiritual.


Kalau dikaitkan dengan terma psikologi ia disebut sebagai 'disorder'. Satu tingkahlaku negatif yang mencapai tahap kemelampauan - ekstrem. Ada banyak tingkahlaku 'disorder' dalam kamus DSM V menurut disiplin ilmu kontemporari yang boleh mencapai ratusan jenis dengan ciri-ciri tertentu.


Justeru memahami dalil al-Quran dengan tepat mampu membantu kita memahami tingkahlaku ammarah yang abnormal ini dengan lebih efektif. Apabila sesuatu tingkahlaku normal dihubungkan dengan 2 kaedah bahasa arab tadi ia boleh memberi kefahaman yang menyeluruh tentang maksud 'disorder' menurut alQuran berdasarkan wahyu Ilahi.


Maka dengan itu, melalui wahyu Allah tersebut fahamlah kita bahawa segala yang bersifat sangat melampau membawa kepada keburukan - al-Suu'. Keburukan juga membawa intepretasi yang sangat luas berdasarkan pemahaman ayat samada ia makrifah(nama khas) ataupun nakirah(nama am) dan begitulah seterusnya.


Kredit gambar: AlQuran dot Indonesia



2 comments

Recent Posts

See All

2 comentários


Convidado:
28 de fev. de 2024

Bagi saya marah adalah satu anugerah dari Allah

Curtir
Convidado:
29 de fev. de 2024
Respondendo a

Betul.. ia makhluk.. perlu dikawal. Syaitan masuk dicelah-celahnya utk merosakkan anak Adam.. berhati-hatilah

Curtir

©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page