Telah berlalu 46 hari (23 Nov 2023) perang menentang penjajahan tanahair Bangsa Palestin oleh bangsa Yahudi yang mendapat laknat terus dari Allah s.w.t.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_d0a93e7ac2e64d5ea3cb447c57a27415~mv2.png/v1/fill/w_482,h_599,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_d0a93e7ac2e64d5ea3cb447c57a27415~mv2.png)
HAMAS bangkit menebus maruah umat. Setelah 76 tahun diperkotak-katikkan. Misi menyelamatkan Baitul Muqaddis, Bumi Masjidil al-Aqso yang dijanjikan. Bumi para anbia'. Bumi yang telah diperkosa kehormatan dan kesuciannya.. Ummat hanya mampu melihat penuh pasrah dan terus berduka.
Berguguran para syuhada' mempertahankan tanahair mereka. Orang awam terzalim, dibunuh, ditembak, dibom semahunya. Harta benda, masjid, hospital, universiti, sekolah, rumah dimusnahkan tanpa ada rasa kasihan belas.
Hilang peri kemanusiaan, terbit ammarah kebinatangan, sirna keangkuhan dan kesombongan bertahap syaitan dan iblis.
Saudara...
Kita tangisi tragedi menimpa umat di Palestin. Sayu menyaksikan pembantaian oleh Zionis Israel terhadap saudara seakidah di sana semahunya.. Hanya iringan doa keselamatan yang tidak putus-putus untuk mereka mampu kita lampirkan setiap hari.
Saudara..
Seruan saya.. jomm semak firman Allah dalam Surah al-Baqarah 153-157 untuk mendapatkan sedikit panduan rabbaniyyah. Sebagai penawar kedukaan dan kelukaan emosi yang sangat mendalam buat kita yang punya iman dan 'conscious' yang hidup. Apatah lagi saudara Palestin kita di sana.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_3746705746784f8f9f7bc88115d5926f~mv2.png/v1/fill/w_300,h_168,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_3746705746784f8f9f7bc88115d5926f~mv2.png)
Semak juga asbabun nuzul ayat(sebab turun ayat), fahami jaminan-jaminan Allah, rasai kelukaan-kelukaan dan keparahan emosi dialami oleh saudara kita, trauma, ketakutan-ketakutan(al-Khauf) yang melingkari jiwa raga mereka sepanjang tempoh peperangan.
Tekuni secara mendalam dan cuba selami serta fahami setting seerah nabawiyyah yang dipaparkan dalam ayat tersebut sebagai latar peristiwa.
Siraman-siraman wahyu Ilahi membekalkan mereka(warga palestin) juga kita penawar yang sangat ampuh bagi meletakkan pengharapan - al-Raja' yang penuh pada Allah untuk masa hadapan yang meyakinkan. Allahu musta'aan.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_06b2d532eeef4355870c4dcf781aa4f1~mv2.png/v1/fill/w_320,h_180,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_06b2d532eeef4355870c4dcf781aa4f1~mv2.png)
Comments