Sesungguhnya tiada jalan keluar untuk manusia menyelamatkan diri dari sebarang kemelut kehidupan hanya dengan mempersiapkan dirinya dengan sifat taqwa. Taqwa adalah buah kepada tauhid. Tauhid adalah misi utama pengutusan Rasulullah di muka bumi. Ia adalah inti kehidupan itu sendiri.
Taqwa dalam erti kata menjadikan seluruh kehidupan terpandu sepenuhnya dengan 'cara hidup' Islam.
Apabila manusia meletakkan sifat seorang muttaqeen sebagai sasaran utama secara automatik ia telah menyediakan langkah 'prevention' paling ampuh untuk dirinya dari sebarang kecelakaan duniawy.
Allah s.w.t telah meletakkan 'iron dome' yang sangat hebat 'protection'nya untuk manusia muslim. Ada pelbagai ciri dan sifatnya bersesuaian dengan isu yang dihadapi dalam 'real setting' hidup manusia. Taqwa menjamin kesejahteraan qolbu yang berpanjangan.
Manusia perlu sedar akan kehadiran sifat taswiyah al-Nafs - kesetaraan jiwa dalam diri mereka antara fujur dan taqwa. Kedua potensi ini wujud seimbang dalam diri. Lantaran itu menuntut psikik -nafs mereka sentiasa bertarung untuk memenangkan taqwa.
Di satu sudut pula, Allah juga menyediakan 'instinct' dalaman semulajadi - punya consciousness dalam diri manusia.
Manusia juga mempunyai upaya 'self talk' - lawwamah. Ia adalah kawalan 'internal' yang bersifat semula jadi. Hanya diri sendiri sahaja berinteraksi langsung dan punya akses sama ada menghentikan tingkah laku negatif atau punya daya untuk melakukan perkara positif dalam diri individu tersebut.
Pun begitu, Allah mengingatkan manusia apabila ia melakukan munkar agar segera ia 'zakaruuu - ingat/sebut dan terus beristighfar/Allah sebagai satu langkap 'prevention' yang berpanjangan.
Sikap yang terbaik adalah terus 'menoktahkan' segala maksiat dan munkar. Lantas menang dalam pertarungan kejiwaan yang mencabar tersebut.
Comments