top of page

Istighfar Sebagai Agen Rawatan Kendiri Manusia: Anugerah Dari Tuhan

Mohd Azlan Adnan

Hanya dengan lafaz 'Astaghfirullah!!!! Sudah cukup mengembalikan manusia kembali ke landasan kebenaran. Semudah itu!!! Apatah lagi jika ia dilakukan dengan penuh kesedaran dan keinsafan.


Ketahuilah wahai hamba!!! Tuhanmu sentiasa menantikan bahkan memberi keampunan yang seluas-luasnya atas segala kesilapanmu. Atas segala dosa-dosa kecilmu.


Cuba bayangkan dan rasakan bagaimana kiranya setiap muslim 'bersegera' - musara'ah beristighfar bila membuat kesilapan, berlumba-lumba membuat segala amal kebaikan, menunaikan solat sesudah laungan azan dikumandangkan, sentiasa konsisten dengan segala laku buat yang positif serta segala macam kebaikan yang baik-baik. (Aali Imran:133)


Pastilah emosi manusia akan sentiasa sejahtera kerana aura yang positif sentiasa memenuhi qolbu mereka. Tiada hasad, cemburu dan segala macam mazmumah yang sememangnya tersedia ada dalam qolbu.


Syaitan sentiasa menunggu kesempatan untuk mengisi ruang merosakan anak Adam. Kecuali mereka yang bersifat 'mukhlas' dan sentiasa terus bertaubat.



0 comments

Recent Posts

See All

留言


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page