top of page

Gaya Penyampaian Ilmu/Grup Study Berasaskan Personaliti

Mohd Azlan Adnan

Updated: Dec 23, 2024

Pola penyampaian ilmu dan perkongsian idea berasaskan personaliti mempengaruhi guru menjalankan proses PdP. Agak mencabar bagi pelajar Sensing yang agak 'slow pick up' kerana orientasi teliti, detil, step by step, 1D mendapat Guru Intuition yang berorientasikan 3D, semantic, sangat transaksional dalam penyampaian ilmu. Begitulah juga sebaliknya. Pelajar Intuition akan 'bosan' lantaran sifat detil, berulang dll ciri karakter Guru Sensing. Demikianlah juga keadaan yang lain turut berlaku.



Begitu juga jika 'Program Guru Muda' - grup study - mahu dilaksanakan adalah sangat penting pengelompokkan pelajar berasaskan personaliti dijalankan kerana ia akan memudahkan 'aliran perbincangan' dalam kalangan pelajar sama jenis personaliti berlaku kerana pola pemprosesan maklumat adalah setara.


Ada 5 pola penyampaian ilmu dan bentuk perbincangan berlaku berasaskan jenis personaliti. Cuba bayangkan jika guru yang mengajar dan mentor - guru muda yang incharge adalah dari jenis personaliti yang sama, sudah pasti pola personaliti yang sealiran akan memudahkan pemahaman berlaku.


Bayangkan seorang atau kelompok yang berminat dengan corak penyampaian 'storytelling' yang penuh dengan penceritaan logika untuk mendapatkan pemahaman dan penghayatan sesuatu topik yang dipelajari sudah tentu sangat berbeza dengan seorang atau kelompok pelajar yang cenderung dengan pola penyampaian yang berbentuk narratif yang tersegmen, faktual, 'sharpness dan berfokus.


Justeru, kekangan dan jurang yang wujud antara pelajar, antara guru dan pelajar yang berlaku selama ini adalah corak perbezaan personaliti, cara pemprosesan maklumat menjadi penghalang untuk pencerapan ilmu pelajar mencapai tahap maksimum.



0 comments

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page