top of page

Gaya Pembelajaran Storytelling: Feeling - Kekuatan dan Kelemahan

Mohd Azlan Adnan

Oleh kerana kelompok Feeling ini bercirikan ramah, mesra dan hangat menyebabkan sekaligus mereka 'very talkative'. Di samping itu, secara semulajadi terkait juga dengan pola cenderung kepada unsur seni dan artistik seperti lagu dan 'rhymes'.


Justeru untuk menambah lonjakkan dalam pembelajaran sesuatu subjek semua pendekatan personaliti perlu diadaptasi dalam sesi PdP mereka.


Feeling sangat terkesan dengan 'learning mapping' bercorak 'tree map' dalam pemetaan nota pembelajaran apa-apa subjek berdasarkan tadbir XPIn Pembelajaran.


Melalui mapping 'tree map' tersebut kelompok Feeling bolehlah menerapkan unsur storytelling - penceritaan dalam menerangkan sesuatu topik yang dipelajari bagi mendapatkan lebih pemahaman dan penghayatan konteks pembelajaran.


Oleh kerana dalam konteks tadbir XPIn Pembelajaran dapat difahami kelemahan mereka adalah daya penguasaan logika yang agar rendah. Mereka perlulah memasukkan nilai penceritaan logika yang agak tinggi jika terkait dengan seperti subjek math, add math, fizik dan kimia.


Untuk mendapatkan 'lebih tenaga' adalah sangat dicadangkan agar 'Program Guru Muda' benar-benar dilaksanakan dalam kerangka kelompok personaliti .

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page