Naratif adalah pendekatan pembelajaran melalui teknik penceritaan. Dalam tadbir XPIn Personaliti ia terkait dengan type personaliti Thinking.
Pemetaan pembelajaran mereka terbentuk dengan pembinaan kerangka isi dengan skema tertentu. Kerangka isi tersebut dizahirkan dengan pola peta konsep. Ia dijelaskan lebih detil dengan pembentukan segmentasi maklumat dari aras rendah ke aras tinggi.
Menariknya, aplikasi pembelajaran naratif ini boleh dibentuk oleh kelompok pelajar dengan personaliti Thinking melalui program 'Guru Muda'. Seorang guru muda boleh memimpin kelompok study group dengan membuat penceritaan naratif melalui kerangka segmen demi segemen yang dibina dalam nota kelompok mereka.
Dengan jenis personaliti yang sama serta corak pemprosesan ilmu yang sama dalam kelompok Thinking ia sangat memudahkan mereka bekerjasama untuk mencapai lonjakan momentum pembelajaran yang luar biasa.
Selebihnya adalah terletak pada usaha pihak sekolah dan pelajar bekerjasama menyusun plan pembelajaran yang teratur dan rapi untuk meledakkan pencapaian kecemerlangan akademik.
Comments