XPIn mengklasifikasikan individu ini mempunyai kebolehan pembelajaran yang holistik. Keupayaan menaakul secra keseluruhan konteks dengan menekankan konteks 'pengertian' yang diperolehi sepanjang proses pembelajaran mereka.
Keupayaan universal - serba boleh yang dimiliki tidaklah membawa kepada kebolehan mutlak secraa spesifik yang dimiliki oleh 4 kelompok terdahulu iaitu Sensing, Thinking, Intuition dan Feeling. Pola paling nyata mewakili diri mereka adalah kecenderungan pembelajaran 'deduktif kepada induktif'. Mendapatkan jawapan terlebih dahulu kepada masalah yang dipelajari ataupun membaca keputusan kajian diikuti membaca lanjut laporan yang dikemukakan, meneliti keputusan kes sebelum menyemak lebih detil perbicaraan yang berlaku begitulah seterusnya.
Ciri-ciri pelajar Instinct termasuk:
Perlukan kedamaian jiwa dan perasaan, setting belajar yang tenang dan sesuai.
Suka terlibat secara langsung dengan aktiviti PdP dalam kelas.
Cenderung menjalani amalan praktikal secara 'live'.
Menggunakan secara holistik semua anggota tubuh dalam proses pembelajaran.
Perlukan 'ikon' sebagai panduan kejayaan.
Mudah berasa kecewa, traumatik terhadap sebarang insiden yang berlaku.
Comments