Dalam sesebuah organisasi, tak semua orang boleh menjadi mastermind. Tapi berat nak melaksana, sangat bagus merancang, mengarah, mengorganisasi, idea besar dan luas mencapah, berkualiti, punya bidang segmentasi, ada aturan keutamaan. direction yang jelas Mereka biasanya perfeksionis. Pasti mahu menamatkan task yang diberi walau apa rintangan yang ada. Habiskan kerja hingga sempurna. Tak mudah patah hati. Berhati waja. Mereka ni juga amat berahsia. Kehadiran dirasai melalui kerja yang terhasil.
Ada sebahagian yang lain punya kreativiti. Ada je idea untuk pengembangan dengan inovasi-inovasi baru untuk organisasi dan pekerjaan. Mereka mesti unik, lain penampilan, rarelah katakan, Mereka ini harus diberi ruang dan lapangan untuk bereksperimen menunjukkan bakat. Depa ni pulak biasanya bersikap acuh tak acuh. Yok.. yok ooo je.. Macam tak bersungguh. Boleh tapi bakat terendam. Direction tak berapa sharp. Suka berada 'di base liner', 'back liner' dalam organisasi. Kehadiran dan berperanan namun macam 'nampak tak nampak je. Macam 'super sub' namun sangat bermakna.
Ada pulak bagus sebagai 'front liner'. Peramahlah katakan... Bagus sebagai penghubung, menghubungkan. Tak segan, mudah mesra, peramah, terasa hangat, cukup meraikan, memahami, suka menolong, suka dihargai, mahu disayangi, confident, buat dulu pastu baru cerita.. hehe.. Kelemahan .. mudah terasa, tak logik, tak material.
Sejenis yang lain pula memang bagus sebagai excecutor - pelaksana. Kalau dia suka, boleh jadi 'workaholic' - gila kerja. Buat sampai siap namun kena ada jurupandu yang beri arahan lengkap. Buat kerja ikut apa yang diperintah. Bagilah SOP, manual kerja. Mereka akan buat berdasarkan arahan. Tak lebih tak kurang.
Comments