top of page

Dominan 2D Dalam Pembelajaran Math

Mohd Azlan Adnan

Berstruktur, sangat logikal, kemahiran teknikal yang baik, pemikiran sebab-akibat yang kukuh, tak mudah tergugat, menyerah kalah, berhati waja dan kental, punya target dan sasaran pencapaian yang objektif, hitam aatau putih. Begitulah antara corak fikir kelompok yang punya dominan 2D ini.


Lantaran itu ia membentuk corak bertindak dan mengolah maklumat tersendiri iaitu berbentuk segmentasi, 'periodic', 'scene by scene'. Mereka cenderung membina kerangka utama dalam suatu tajuk@perkara


Ia jelas terpapar dari cara susun atur maklumat, penyimpanan wang di akaun, contact directory dalam telefon bimbit.


Keunikan pola pemikiran mereka juga bermula dengan corak 2D kepada 3D, ada sedikit keupayaan Spa-V yang membantu kekuatan gambaran isian ruang di ufuk fikiran.



Kombinasi upaya 2D yang sangat teknikal dan logikal apabila terpadu dengan keupayaan 3D sangat membantu kelompok ini mengolah permasalahan matematik dengan agak mudah. Capaian sisi pandang matematik bercorak 3 dimensi memudahkan mereka meneroka jalan penyelesaian matematik lebih mendalam dan luas.


0 comments

Recent Posts

See All

Kesejahteraan Qolbu Ibrah Al-Ahzab:4

ما جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِن قَلبَينِ فى جَوفِه Surah Al-Ahzab [44] : 4   ”Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah ...

Comentarios


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page