Doa adalah saripati kepada ibadah. Ia adalah inti utama konteks peribadatan dalam islam. Islam mengajar umatnya apabila berbuat sesuatu perkara diiringi dengan doa. Doa sebenarnya mengingatkan manusia akan kekerdilan mereka, adanya Allah tempat letaknya pengharapan dan perlindungan.
Manusia perlu sedar dan tahu peri pentingnya makrifatullah - kenal Allah dalam seluruh kehidupan mereka kerana itulah objektif utama pengutusan para rasul.
Justeru doa adalah kombinasi tingkahlaku yang khuduk dan tawadhuk serta takut dengan rasa penuh mengharap Allah.
Manakala dalam konteks kognitif adalah mendatangkan fokus yang jelas, tepat dan betul terhadap segala permintaan, tahu dan sedar dengan semua yang diangkat dalam munajat tersebut.
Pengharapan pula timbul dalam komponen qolbu - emotif manusia yang halus, sensitif lagi latif - lembut.
Qolbu yang fitri tidak dapat menolak hakikat 'naluri bertuhan' yang secara semulajadinya dibekalkan oleh Allah kepada manusia. Hanya manusia yang angkuh, bongkak dan sombong sahaja menafikan keberadaan Allah.
Sifat angkuh, sombong dan sewaktunya adalah milik iblis dan semua golongan yang dilaknat Allah s.w.t.
Begitulah peri pentingnya doa dalam amalan umat islam sepanjang hari seluruh kehidupan. Ia perlu menjadi kelaziman kerana ia lahir dari ungkapan dalam dhomeer - conscious - jiwa yang sedar serta unconscious - ruh dan emosi (jiwa bawah sedar) yang perlu sentiasa suci bersih dan hidup. Dhomeer sebeginilah menjamin keterhubungan langsung dengan Allah
Comentarios