top of page

Copy of 1.Peta Pembelajaran Math Berasaskan Personaliti Sensing

Mohd Azlan Adnan

Kalau kita menerima kepelbagaian manusia dalam setting kehidupan, sudah pasti kita dapat menerima kepelbagaian corak peta pembelajaran.


Ia bermula dengan perbezaan jenis personaliti. Sekaligus berlaku perbezaan 'pola pemprosesan maklumat' antara manusia. Serentak dengan itu, terlakar satu bentuk peta pembelajaran yang tertentu.



Menariknya, apabila jenis personaliti ini dikelompokkan lalu menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan ia akan melahirkan peta pembelajaran Math berasaskan personaliti yang unik mewakili kelompok 25-35 pelajar setiap kumpulan.(Lihat lampiran)




Untuk kelompok Sensing sangat menzahirkan pola diri mereka yang 'real' sekaligus menghasilkan 'pola pemprosesan maklumat' tersendiri. Justeru melalui ciri personaliti mereka membentuk 'konsep belajar' tersendiri yang berbeza dengan baki 4 kelompok yang lain. Sesungguhnya ciri-ciri personaliti yang dominan sangat mempengaruhi 'end result' dalam orientasi pembelajaran individu.


Konsep belajar orang Sensing berteraskan 'Process flow map' - A to Z, step by step, mendetil. Sekaligus ia membentuk hala cara belajar tersendiri. Bagi Sensing mereka perlu belajar semua langkah, topik, tajuk secara lengkap tanpa skip. Semua maklumat adalah penting untuk diketahui.


Ketinggalan satu maklumat menyebabkan mereka akan 'putus arah', kehilangan 'key word'. Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan mereka untuk mengkonsepkan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran.


Pembelajaran Sensing sangat dipengaruhi oleh pola 'Akrostik Styles' dalam pendekatan pembelajaran 'Mnemonic Memory Learning Styles'. Secara mudah pemetaaan utama mereka adalah pola pangkal perkataan yang mesti dengan huruf besar@hi liter bagi menangkap imaginasi@visualisasi diri mereka. Ia nyata dipaparkan dalam perkongsian peta pembelajaran trigonometri oleh kumpulan personaliti tersebut.


Ia juga hampir sama dalam pendekatan modul Hafazan al-Quran yang diperkenalkan oleh XPIn Huffaz melalui 'Mnemonic Memory Huffaz Styles'. Bagi kelompok Sensing antara cara mereka 'menarik' hafazan adalah dengan pemetaan 'ra'su al-ayat' - pangkal ayat'.


Antara kehebatan tersembunyi kelompok ini adalah keperluan untuk melakukan 'ulang tubi' yang berterusan bagi mencapai kesempurnaan. Mereka perlu melalui banyak pengalaman menjawab pelbagai bentuk soalan dengan variasi dan kombinasi berbeza. Ini disebabkan corak pemikiran mereka yang sangat 'tradisional' dengan hanya keupayaan penaakulan 1D. Ia mewakili pandangan satu aras yang 'straigh forward. Sedangkan math adalah subjek yang berteraskan kekuatan 2D ke 3D yang yang jitu.


Namun demikian, bagi mereka, 'pengulangan' yang berterusan akan menjadikan penguasaan mereka lebih mantap. Berbanding dengan Personaliti Intuition 'pengulangan' adalah sesuatu yang mendera dan membosankan.


Selain itu, mereka juga sangat berorientasi "Kinestatik Quotient'. Aktiviti-aktiviti 'pemanasan awal - warming up' sebelum memulakan sesuatu gerakerja pembelajaran amatlah membantu. Gerakan tubuh membantu kecergasan akal di samping memberi 'tonik ajaib' untuk melonjakkan konsistensi pembelajaran kerana sebahagian dari kecerdasan yang dimiliki tersembunyi di otot-otot tubuh.




Begitulah serba sedikit dikongsikan aplikasi pembelajaran Math berasaskan Personaliti.

Menarikkan??? Persoalannya???? Siapakah dalam kalangan pelajar anda menggunakan orientasi Pembelajaran Sensing seperti yang telah diterangkan. XPIn ada jawapannya..


Ayuhhh!!!! Bawakan program pembelajaran istimewa ini ke pangkuan pelajar anda untuk 'langkahan gergasi' kecemerlangan akademik mereka.


Jommm XPIn!!!! XPIn Pembelajaran






0 comments

Recent Posts

See All

Kesejahteraan Qolbu Ibrah Al-Ahzab:4

ما جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِن قَلبَينِ فى جَوفِه Surah Al-Ahzab [44] : 4   ”Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah ...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page