top of page

Ciri Teknikal dan Logikal Individu Dalam Sukan

Mohd Azlan Adnan

Ciri Teknikal dan logikal apabila di aplikasi dalam setting permainan bolasepak akan mempolakan bentuk tertentu bagi individu yang mempunyai dominan sebegitu.

Kemahiran teknikal dan logikal ini mungkin aje diserlahkan pada corak kawalan bola, skil individu yang kemas, hantaran-hantaran bola yang tepat, kemahiran membaca permainan serta sebagai playmaker.


Antara yang ketara juga corak permainan yang terstruktur dengan kerangka strategi disulam dengan kombinasi skil sepasukan yang dicerakinkan sebegitu baik.


Boleh jadi ciri teknikal dan logikal ini ada pada Pengurus, jurulatih, pemain pertahanan, midfielder, striker dll.

Semuanya akan menzahirkan pola mereka yang nyata.. Hanya yang faham akan mudah menaakulnya.


Dikongsikan kompilasi skil permainan dan gelecekan Lionel Messi, seorang penyerang bertaraf dunia berasal dari Argentina.


Pada penaakulan XPIn. Messi berpersonalitikan Thinking dengan profiling diri yang jelas menzahirkan pola gerakan dan gelecekan sangat berstruktur, kombinasi kuisan bola kaki kiri dan kanan (sebab akibat), kemahiran bertaraf 'expert', ketepatan hantaran bola pada rakan, ketajaman sasaran gol, keupayaan melepaskan bola melalui celah kaki (fokus, akurasi).


XPIn kongsikan juga video Safiq Rahim, Playmaker Malaysia yang berpersonalitikan Thinking. Sifat thinking tergambar melalui ketepatan hantaran-hantaran jauh, peranan sebagai pencatur permainan, selaku ketua pasukan, free kick spesialis yang prolifik punya tahap akurasi yang tinggi dan pelbagai kombinasi elemen profiling diri yang jelas terserlah.


0 comments

Recent Posts

See All

Pengaruh 5D Dalam Sukan

Memahami perspektif personaliti dalam kerangka kehidupan adalah sesuatu yang 'crucial. Ia disebut kenal diri - makrifah alNafs dalam...

Comentários


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page