top of page

Celik Segala Celik!!!!

Mohd Azlan Adnan

Sebahagian daripada tadbir ilmu yang dimanfaatkan oleh XPIn adalah dicerap dari pendekatan Multiple Intelligences oleh Horward Gardner.


Melalui klasifikasi dan penyesuaian tersebut membantu XPIn meneroka lebih banyak konsekuensinya dengan pelbagai setting kehidupan manusia.


Ia membantu XPIn membangunkan modul-modul dan menyesuaikan pendekatan-pendekatan baru dalam program latihan yang diperkenalkan oleh XPIn.


Maka dibangunkan modul XPIn Pembelajaran hasil kombinasi pelbagai aplikasi 'learning styles' yang wujud dalam pelbagai kajian. Banyak penyesuaian telah dilakukan setelah melalui pelbagai bentuk 'uji cuba' di pelbagai bentuk program dengan pelbagai latar belakang peserta, peringkat umur, bidang kerja, gender dsbnya.


Justeru lahirlah modul hafazan al-Quran XPIn Huffaz yang disesuaikan dengan banyak kajian ilmiah, metod, teknik dan pendekatan.


Bagi kelompok yang pernah mendalami bidang kaunseling mahupun psikologi maklumat-maklumat sebegini sangat membantu mereka memahami kepelbagaian manusia dengan keunikkan potensi insan. Mungkin buat orang awam ia adalah sama sahaja dan tidak signifikan. Begitulah secara mudah boleh disimpulkan.



0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page