top of page

Catatan Pengalaman: Jaulah Ilmu XPIn Huffaz 4 tahun lalu...

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Hampir 4 tahun yang lalu (2019) XPIn mula diundang untuk membuat pengisian program sulungnya di bawah branding XPIn. Bersama dengan sekolah berasrama yang menjalankan program tahfiz.


Kebiasaannya, mana-mana modul hafazan alQuran akan mengemukakan satu teknik asas yang sama untuk semua orang. Keadaan ini berbeza dengan XPIn Huffaz dengan membawa sedikit kelainan. Metod program hafazan XPIn adalah menampilkan orientasi 'Huffaz Personality Based'. Penghafazan alQuran berasaskan orientasi personaliti seseorang.


Justeru ada 5 orientasi/teknik hafazan yang berbeza dikemukakan kepada peserta ketika itu. Ianya adalah julung kali diperkenalkan.


Program XPIn ketika itu berjalan selama 3H2M dengan modul dikemukakan dengan garapan seluruh elemen potensi manusia. Tidak sekadar bertumpu dengan aktiviti hafazan sahaja. Tetapi diselang selikan dengan gaming, energiser, bonding, teambuilding, edugame dll.


Kombinasi ini sengaja dibuat untuk mempastikan 'mood' peserta untuk mendapatkan skil hafazan sentiasa 'boost' serta berada pada 'peak' yang maksimum.


Ternyata setelah selesai program. Peserta amat menghargai kehadiran team XPIn untuk memberi serba sedikit panduan hafazan berasaskan personaliti.


Secara asasnya, peserta dapat memahami memang ternyata wujud perbezaan cara hafaz antara individu. Justeru membantu mereka memahami kelebihan diri dan tidak perlu dengan kelebihan orang lain kerana secara individunya setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.


Kredit gambar: YADIM






0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page