Video di atas adalah penjelasan tentang beat, tempo, rhythm dan rhymes dalam memahami kelebihan dan peranannya membantu momentum otak manusia.
Kinerjanya adalah kombinasi dua hemisfera otak. Apabila komponen muzik berlaku neuron otak akan bersambung melalui impuls yang diterima untuk melengkapkan kod-kod kepada pengertian yang bermakna.
Kombinasi tersebut akan menghasilkan melodi lagu yang mengasyikkan. Disulam pula dengan lirik lagu yang puitis. Dinyanyikan pula oleh penyanyi popular yang hebat. Iringan oleh back up suara yang padu. Diiringi kumpulan orkestra tersohor. Pasti mempesona.
Justeru impuls yang bermakna akan merangsang bahagian otak manusia. XPIn memanfaatkan banyak kajian tentang rhythm dan aplikasinya dalam pembelajaran akademik serta konteks penghafazan al-Quran.
Prinsipal pengetahuan tersebut disesuaikan dengan setting pelajar dalam pelbagai subjek dipelajari dan mempermudahkan gaya hafazan khususnya bagi mereka yang mewakili dominan otak kanan.
Dalam konteks hafazan dan pembelajaran, orientasi hemisfera otak kanan sangat terangsang dan berfungsi melonjakkan keupayaan ke tahap maksimum individu apatah lagi jika dominan seseorang tersebut mewakili hemisfera otak tersebut.
Comments