top of page

Bangunkan Taqwa: Tema Kesejahteraan Diri Dalam Islam

Mohd Azlan Adnan

Updated: Jan 2

Ayuhhh!!! Jommm kita garap pembangunan nilai taqwa sebenar-benarnya dalam diri setiap muslim. Maknai ia, pasak sedalamnya dalam qolbu dan minda.


Serlahkan ketakwaan dalam tingkahlaku, percakapan, perbuatan, bahasa tubuh, bahasa jiwa, perhubungan insaniyyah, pekerjaan, kehidupan, kekeluaragaan dan seluruh laku buat.


Ia mesti bermula dengan ilmu yang betul lagi sahih. Bukan ikut-ikutan, tiru-tiruan. Mesti original dari sumber yang asli. Kena jadi orang berilmu.


Bersihkan qolbu, sucikannya dengan 'detergent' istighfar, taubat. Getarkan qolbu dengan solat, tilawah, zikrullah dan lainnya. Akal terus sirna. Semuanya punya nilai 'credit hours' dalam istilah pendidikan hari ini. Ada nilai, ada pemberatnya


Muttaqeen.. Manusia yang dijanjikan oleh Allah dengan segala imbalan dan kepastian di dunia mahupun akhirat. Susah atau senang, petaka atau bahagia, apa sahaja anugerah Ilahi diterima dengan lapang dada. Tugasnya hanya buat yang terbaik dalam hidup ini. Terus memperteguhkan iman dan keyakinan. Di dunia yang sementara. Untuk akhirat yang abadi.


Buat kaum lelaki semua!!!!!

Ittaqullah!!!!! Ini adalah pesan mingguan di mimbar jumaat. Ia adalah rukun pada khutbah. Tak sebut dalam khutbah. Khutbah tidak sah. Kena buat semula. Kalau tak sedar atau perasan. Solat jumaat batal kena qadha' dengan solat zohor pada lain. Betapa pentingnya taqwa!!!!


Pesan tersebut diwakilkan pada kaum lelaki sebagai ketua keluarga. Membawa institusi keluarga seluruhnya pada ketakwaan, membahterai sebaiknya, menavigasi seluruh keluarga sejahtera menuju jannah. Besarkan maknanya walau seminggu sekali. Kita je tak lunaskan.


Beratkan tugas dan tanggungjawabnya. Kalau semua mampu sempurnakan dan memahami maksud jumaat dan takwa ini. Aman sejahtera masyarakat ini. Itulah objektif psikologi dalam Islam.


Tetaplah ujian buat kita semua. Moga semuanya selamat. Kita kasihi seluruhnya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page