Adakah perkataan mempunyai rhythm dan berima membantu ingatan? Banyak kajian serta makalah-makalah ilmu menunjukkan bahawa kedua-dua elemen berkenaan boleh membantu melonjakkan upaya daya ingat manusia.
Bagi XPIn pula, pengalaman menjalankan pelbagai aktiviti ‘pembelajaran berasaskan personaliti’ menunjukkan kecenderungan ini menjadi sangat nyata bagi kelompok yang punya orientasi yang kuat mencirikan otak kanan.
Secara spesifik XPIn menekankan dominan otak yang mewakili domain kecerdasan Intuition dan Feeling sangat berkesan mempraktikkan dua pendekatan ‘mnemonic memory learning styles’ ini.
https://youtu.be/4rOnRJlevmI
Keadaan ini berlaku kerana otak kanan sering dikaitkan dengan ciri ‘short term memory’. Justeru untuk membantu mengukuhkan daya ingat kelompok ini adalah perlu elemen rhythm dan rhymes, imej dan model sebagai perlambangan untuk memudahkan mengingat berbanding dengan orientasi otak kiri yang secara tradisinya sangat berfokus kepada pola ‘photgraphic memory’. Ironinya, inilah punca ‘long term memory’ terkait dengannya.
Seperti lirik lagu, sajak begitu mudah diingati sehingga melekat pada kita. Malah, berima boleh menjadi teknik penting untuk membantu kita mengingati sesuatu. Semuanya ada kaitan dengan mnemonik, alat yang boleh digunakan untuk memperbaiki dan membantu ingatan manusia.
Irama dan rima membantu kita mengingati sesuatu. Mereka melakukan ini melalui pengekodan akustik, pemprosesan bunyi dan perkataan untuk penyimpanan ingatan dan mendapatkan semula kemudian.
Serentak dengan itu, XPIn membuat penyesuaian dengan memanfaatkan pendekatan ‘rhythm dan rhymes’ dalam aplikasi penghafazan alQuran melalui modul XPIn Huffaz.
Tambah menarik, XPIn memperpanjangkan inisiatif 2 R ini dalam semua modul XPIn Pembelajaran samada XPIn Sejarah, XPIn Math, XPIn Sains, XPIn Fizik, XPIn Kimia dan lain-lain.
Comentarios