Apabila pelajar dikelompokkan berdasarkan personaliti ia akan memudahkan pelaksanaan Program Guru Muda. Kelompok 'guru muda' terbaik daripada setiap mata pelajaran boleh dipilih untuk membantu rakan-rakan satu 'type' personaliti.
Malahan kelompok 6 pelajar dipimpin oleh seorang 'Guru Muda' boleh menjadikan 'program guru muda' menjadi sangat efektif.
Dengan ciri diri, orientasi diri, corak berfikir, pola belajar dan banyak bentuk dan latar diri yang 'sama' berdasarkan jenis personaliti akan sangat membantu lonjakkan akademik pelajar terbabit.
Secara mudahnya mereka(pelajar junior) boleh merujuk rakan - guru muda senior - dari 'satu jenis personaliti' di tingkatan lebih tinggi jika wujud ketidakfahaman topik pembelajaran. Kelebihannya adalah satu aras corak fikir, pola dan bentuk memproses maklumat seumpama Personaliti Sensing dengan corak sequential learning styles, noted based mapping dan lain-lain lagi.
Bayangkan jika seorang 'Guru muda' Personaliti Intuition dengan gaya pembelajaran 'mind mapping' mementingkan semantik learning approach menjadi 'coach' untuk rakan Sensing(berbeza orientasi personaliti) yang bentuk gaya pembelajarannya adalah 'noted based' - sangat mendetil dan agak lambat 'pick up' sangat berbeza seperti langit dan bumi - berbeza satah fikir dan pelbagai perbezaan yang lain.
Dah tentulah dengan perbezaan aura diri yang ketara menyukarkan 'komunikasi ilmu' ini menjadi berkesan.
Istimewanya Modul XPIn Pembelajaran adalah satu-satunya modul 'kemahiran belajar' di dunia ini mengkalibrasikan orientasi pembelajaran lalu mengklasifikaskannya pada 5 jenis personaliti dan juga 5 jenis gaya pembelajaran.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_1b9177fc745840868447ef9d8f095e43~mv2.png/v1/fill/w_360,h_270,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_1b9177fc745840868447ef9d8f095e43~mv2.png)
Semuanya diusahakan oleh XPIn melalui pembacaan, penaakulan, eksperimentasi yang panjang sejak April 2015 hingga kini Ogos 2023.
Bahkan lebih banyak kombinasi ilmu akan terus tercerna untuk manfaat kelompok lebih ramai pelajar bagi mendapat 'celik akal - insight' lebih awal dalam hal cara belajar yang betul mewakili kehebatan diri sendiri secara spesifik sekaligus memberi lonjakkan saujana buat semua pelajar di tanahair.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_28c4f37a7d5b46c097099f9653eeec2a~mv2.png/v1/fill/w_480,h_360,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_28c4f37a7d5b46c097099f9653eeec2a~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_d1c1ba2e67784d3eba5b79e7debe6aa5~mv2.png/v1/fill/w_480,h_360,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_d1c1ba2e67784d3eba5b79e7debe6aa5~mv2.png)
XPIn sangat mencadangkan agar sekolah-sekolah berasrama seperti SBP dan MRSM, SMKA, SABK menerapkan konsep pembelajaran XPIn kepada setiap batch pelajar.
Moga ia menjadi jariah yang berpanjangan buat kami di XPIn atas ilham ilmu anugerah Ilahi yang tak ternilai ini.
Комментарии