Penggunaan 'flash card' dalam aktiviti pembelajaran untuk menarik tumpuan pelajar yang mudah hilang fokus. Bahkan ia sangat membantu bagi kelompok individu yang mempunyai orientasi visualisasi yang tinggi.
Bagi individu yang mewakili kelompok Thinking, oleh kerana mereka cenderung dengan corak segmentasi maklumat adalah dicadangkan agar penyediaan 'flash card' ditulis berdasarkan urutan jalan kerja dari tahap rendah ke tahap lebih tinggi.
Lalu setelah itu, mereka cuba menerangkan maklumat pembelajaran topik matematik tersebut dengan pendekatan naratif(urutan dan penceritaan) bagi mendapatkan lebih kefahaman.
Mereka juga boleh dibantu dengan imej tertentu pada poin-poin penting tertentu untuk membantu menangkap imaginasi diri memahami lebih mendalam.
Adalah lebih baik lagi kiranya, setiap satu 'flash card' mewakili satu segementasi maklumat maklumat sebagai contoh:
Flash card 1: Mewakili formula/rumus utama topik.
Flash card 2: Mewakili langkah awal/pendahuluan.
Flash card 3: Mewakili sub maklumat.
Flash card 4: Mewakili penyelesaian.
Pola konsep sebegini mampu membantu mereka (Thinking) memvisualkan kembali gerakerja pembelajaran apabila proses ulangkaji ataupun menjawab peperiksaan mahupun ketika melakukan penerangan kepada rakan yang memerlukan.
Comments