top of page

AlKhauf: Ketakutan

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 4, 2023

Rasa takut adalah resam dalam kehidupan manusia. Sifat semulajadi yang punya pelbagai sebab dan punca. Lain orang lainlah punca ketakutannya. Ia terkait dengan sifat dirinya melihat kehidupan, pengaruh persekitaran kehidupan dan keutamaan yang sedang dilaluinya.


Bagi pekerja, mungkin takut hilang pekerjaan sebagai punca pencarian kehidupan menyara keluarga dsbnya. Untuk guru, mungkin takut kegagalan muridnya mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran yang diajar olehnya. Buat ahli sukan mungkin ketakutan utamanya adalah kegagalan untuk memenangi medal dsbnya lagi. Walhasilnya, ada pelbagai jenis ketakutan dalam hidup manusia.




Ketakutan yang yang tak terurus akan mengundang stres buat individu. Tekanan yang tak terkawal penghujungnya membawa petaka buat diri seseorang.


Ketakutan juga adalah sebahagian dari ujian kehidupan. Bagi seorang muslim, jika difahami dengan betul ia akan membawa kepada kejituan iman buat seseorang.


Ketakutan akan membawa manusia kepada satu perasaan yang disebut sebagai 'alRaja' - pengharapan'. Kembali mengharapkan kepada tuhannya. Menyerahkan segala 'konsekwensi' kehidupan kepada 'pemilik'nya setelah melakukan segala usaha sedaya upaya mungkin.


Ketakutan tidak mengajar kepasrahan tetapi dihujung episod selepas penyerahan kepada Allah s.w.t adalah redha dengan segala ketentuannya samada baik mahupun buruk. Menerima seadanya dengan penuh lapang dada, penuh baik sangka, penuh keterbukaan.


Ia sekaligus memberi ubat kejiwaan yang paling mujarab. Ketenangan. Kepuasan jiwa yang tiada tolok bandingnya.


Pastinya jiwa itu akan terus hidup, mekar berkembang, punya harapan diri, tidak berputus harap dengan rahmat tuhannya.


Begitulah jiwa yang punya hubungan dengan penciptanya, dibangunkan untuk keluar dari kemelut ketakutan yang pelbagai wajahnya dalam hidup manusia.


Ayuhhh!!! Mengadulah dengan tuhanmu.... kembalilah kepadanya.. perkukuhkan imanmu itulah intervensi qolbu yang paling ampuh.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page