Makanan adalah keperluan dalam hidup manusia. Kurang makan pun susah, lebih makan pun buruk akibatnya!!! Yang penting adalah keseimbangan dalam mengatur pengambilan makanan.
Kurang makan membawa kelaparan. Ujian kelaparan adalah satu perkara yang besar dalam hidup. Sekali sekala lapar mungkin ia biasa. Namun, kalau ia menjadi rutin kehidupan sesuatu perlu dilakukan.
Kelaparan boleh membawa kepada kesan buruk kepada kesihatan tubuh. Ia juga terkait pada kesejahteraan emosi serta kegagalan kawalan mental yang baik.
Perut yang kosong dan lapar memungkinkan untuk manusia melakukan apa sahaja. Akal mula hilang kewarasan, gagal membuat pertimbangan , sukar membuat keputusan rasional. Pelbagai bentuk kesongsangan tingkahlaku boleh terjadi. Mencuri, menipu sehingga ke tahap membunuh demi secebis makanan untuk mengisi perut.
Justeru keprihatinan sosial amat perlu tumbuh di hati masyarakat untuk sentiasa 'aware' dengan persekitaran dan keperluan komuniti Sosial support yang baik dan kukuh melambangkan 'madani'nya sebuah masyarakat.
Comments