top of page

6.XPIn Huffaz: Cara Hafaz Instinct

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Pola hafazan Instinct ini adalah hasil kombinasi dari empat jenis pendekatan hafazan yang awal iaitu Sensing, Thinking dan Intution. Namun ia masih ada keistimewaan tersendiri.


Bersesuaian dengan tagline utama bagi kelompok ini adalah 'Cepat'. Ia dapat digambarkan dengan pendekatan pembelajaran dan pemprosesan maklumatnya yang bermula dari deduktif kepada induktif, perolehi jawapan dahulu baru usahakan kepada jalan penyelesaian, membaca kesimpulan kajian kemudian diikuti keseluruhan peringkat kajian, melihat penamat cerita terlebih dulu disusuli dengan permulaan cerita sesebuah filem.


Begitulah pola istimewa personaliti tersebut. Keadaan ini mempengaruhi juga corak mereka menghafaz al-Quran dengan penekanan harus diberikan kepada pendekatan deduktif di samping memilih pendekatan samada taqsim tikrar tasalsuly ataupun taqsim tikrar jamaei.


Teknik-teknik asas hafazan juga boleh digunakan berdasarkan kombinasi 4 pendekatan hafazan terdahulu dengan penyesuaian oleh huffaz sendiri.


Anda mungkin rasa diri anda tekal dengan orientasi hafaan sebegitu?? Ohhh... mungkin andaian anda tersasar kerana boleh jadi ramai kelompok dari otak kiri juga mempunyai tendensi yang sama begitu..


Jommm!!! Berikan hadiah istimewa kepada huffaz anda dengan membawa program istimewa ini ke pangkuan mereka. Bantu mereka untuk kenal cara hafaz yang betul dan tepat.


Jommm XPIn!!!! XPIn Huffaz





0 comments

Recent Posts

See All

Aplikasi Naratif Dalam Hafazan AlQuran

Membina 'naratif kisah' dalam penghafazan alQuran antara teknik yang boleh digunakan oleh seseorang huffaz. Bukan semua jenis personaliti...

Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page