Menurut Howard Gardner, penemu kepada teori Multiple Intelligences salah satu domain adalah Spatial-Visual Quotient. Ia mewakili kecerdasan meruang dalam kognitif manusia. Ada dalam kalangan manusia mempunyai keupayaan spatial ini sangat dominan. Menurut tadbir XPIn, kelompok tersebut mewakili Personaliti Intuition.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_1857e9defb884591a610d8c6998ef55b~mv2.png/v1/fill/w_480,h_360,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_1857e9defb884591a610d8c6998ef55b~mv2.png)
Bagi mereka yang mempunyai kelebihan kecerdasan spatial-v ini ia mampu memvisualkan dalam pemikirannya imej@model@ruang melalui pemahaman konsep yang diperolehi lalu memetakan di atas kertas@setting@kognitif secara ringkas@mudah.
Kenapa jadi begitu??? Kerana kelebihan pada kelompok ini adalah halacara 'pola pemprosesan maklumat' berlaku iaitu Maklumat-Sintesis-Konsep.
Konklusi yang terhasil daripada maklumat yang diterima lalu digabungjalin dan dilakukan proses sintesis dengan akhirnya mampu menghasilkan sebuah konsep yang unggul. Konsep yang terhasil dalam perspektif pembelajaran dikenali sebagai 'Mind Map - Peta Minda.
Berbanding dengan kelompok Thinking yang secara semulajadi proses berfikirnya adalah 'sebab-akibat', ia berbeza dengan Personaliti Intuition dengan pola berfikir terbalik 'akibat-sebab'.
Lazimnya, nota orang Intuition akan bermula di 'tengah-tengah' kertas A4 dan terus berkembang disekelilingnya hingga memenuhi ruang kertas. Puncanya adalah berasaskan antara ciri-ciri personaliti tersebut mempunyai sifat 'gambaran besar'.(rujuk slide ciri personaliti XPIn)
Selaras dengan kecerdasan meruang juga adalah penguasaan visual 3D ke 2D serba lengkap dan sempurna. Ia membantu kelompok ini memvisualkan lalu memecahkan persoalan matematik dalam pelbagai sudut depan, belakang, terbalik mahupun dalam. Ini adalah kelebihan ketara bagi mereka jika mereka sedari mampu menjadi 'katalis' lonjakkan pembelajaran.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_c2815f133b2f4deaa7d5f98f8569cfe0~mv2.png/v1/fill/w_360,h_270,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_c2815f133b2f4deaa7d5f98f8569cfe0~mv2.png)
Berbanding dengan Personaliti Sensing dengan keupayaan 1D sahaja. Keupayaan melihat dan memahami satu isu math agak terbatas melalui dimensi satu 'angle'. Agak mencabar bagi mereka.
Antara faktor pemangkin istimewa buat mereka dalam pembelajaran adalah mendapatkan tempo 'rhythm' dan 'beat' yang sesuai bagi sesuatu operasi math@subjek yang dipelajari.
Keadaan ini berlaku disebabkan semacam ada 'rhythm' dalam kognitif mereka melaluinya mampu mengolah imaginasi luar biasa dengan penyesuaian untuk menyelesaikan masalah@pembelajaran mereka.
Begitulah keunikkan yang wujud buat Personaliti Intuition untuk membantu lonjakkan pembelajaran mereka menurut perspektif XPIn.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_036fc533794c4904b49fbcfc6b9f31ca~mv2.png/v1/fill/w_480,h_360,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_036fc533794c4904b49fbcfc6b9f31ca~mv2.png)
Menarikkan...??? Persoalannya???? Siapakah mereka dalam kalangan pelajar tersebut mempunyai keupayaan sebegitu istimewa??? XPIn ada jawapannya serta sedia membantu.
Ayuhhh!!! Saudara semua, Jomm!!! bantu pelajar ada meneroka potensi diri mereka sebenar, kenal diri mereka, lonjakkan keupayaan diri mereka yang sebenar.
Jomm XPIn!!!!
Kommentare