top of page

2.Peta Pembelajaran Math Berasaskan Personaliti Thinking

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Pola tingkahlaku manusia yang berstruktur turut mempengaruhi corak pembelajaran individu. Ia jelas terlakar apabila 'engagement' aktiviti pembelajaran berlaku antara individu dengan sesuatu subjek. Namun, malangnya tidak ramai yang menyedari corak pembelajaran tersebut terhasil dari latarbelakang Personaliti individu terbabit.


Dalam konteks ini, berdasarkan pendekatan pembelajaran XPIn Pembelajaran, pembelajaran matematik juga terkesan dengan dengan pola personaliti.


Untuk kelompok Thinking, pola utama 'mapping' pembelajaran yang terhasil adalah corak pembelajaran 'Peta Konsep'.


Keadaan tersebut berlaku disebabkan kelompok ini mempunyai 'pola pemprosesan maklumat' tersendiri iaitu Scan - Analisis - Konsep. Justeru itu 'end result' kepada pola tersebut terhasilnya 'Peta Konsep'. Umumnya, prinsipal yang terbentuk diminda mereka adalah 'pola kerangka besar' dan seumpamanya..


Sebab dan akibat juga adalah faktor yang turut mempengaruhi bagaimana corak pemprosesan maklumat tersebut berlaku. Istimewanya mereka adalah sering terbit diruang fikiran konotasi 'Why' yang mewakili ciri 'sebab' sekaligus menuntut jawapan kerana faktor 'akibat' tersebut. Oleh kerana faktor persoalan '5 W' sangat kuat pada diri ia sangat menolak naluri untuk 'meneroka' lebih jauh untuk mendapat jawapan bagi segala persoalan yang timbul.


Selain itu, cara mereka memetakan maklumat yang diperolehi adalah dengan menggunakan pendekatan 'mnemonic Memory' iaitu 'Akronim Styles' serta imej-imej yang signifikan untuk menangkap imaginasi pada poin-poin penting untuk diingati dalam nota pembelajaran yang dibina.


Paparan-paparan grafik ataupun manual menggunakan grafik organiser sangat membantu dalam proses pembelajaran. Ia akan mengukuhkan 'daya ingat' dalam pemetaan kognitif mereka.


Oleh kerana, corak berfikir mereka cenderung kepada keadaan berstruktur, kebiasaannya nota pembelajaran akan sangat mewakili bentuk segmentasi yang jelas dengan pola 'plan jawapan'- skema yang tersusun rapi. Ia akan mewakili dari aras rendah ke lebih tinggi.

Pola berstrukur juga membentuk 'sudut pandang' 2D ke 3D dalam kerangka 'Dimensi'. Sekaligus mewakili ciri 'Logical Quotient' yang sangat tekal.


Begitulah kesan visualisasi yang berlaku dalam ruang pemikiran kelompok tersebut yang jika disedari 'gems' yang tersembunyi pasti mampu melonjakkan potensi matematik mereka ke tahap 'luar biasa' kerana secara semula jadinya potensi tersebut telah tersedia ada cuma perlukan daya usaha yang konsisiten untuk terus menggilap bagi menyerlahkan 'sinar' bergemerlapan.


Menarikkan??? Persoalannya???? Siapakah dalam kalangan pelajar anda menggunakan orientasi Pembelajaran Thinking seperti yang telah diterangkan. XPIn ada jawapannya..


Ayuhhh!!!! Bawakan program pembelajaran istimewa ini ke pangkuan pelajar anda untuk 'langkahan gergasi' kecemerlangan akademik mereka.


Jomm XPIn!!! XPIn Pembelajaran












0 comments

Recent Posts

See All

Matematik: Kehebatan Otak Insani

Penyempurnaan penciptaan manusia apabila ia dibekalkan otak insani dengan unsur logikal dan kreativiti. Melaluinya manusia punya gambaran...

Comentarios


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page