top of page

MODUL XPIn

AEnB2UrbjKyZfh5fxZVjAqKvT5eNMvOrMKFgDHNP

  XPIn AL - GHAZALI

XPIn al-Ghazali adalah konsep utama siri latihan XPIn. Ia ibarat “masterpiece” kepada pemahaman keseluruhan modul latihan yang dikemukakan. Garapan elemen pengetahuan timur dan barat menjadi santapan peserta bagi membina kefahaman yang jitu dalam pembinaan insan.  

KANDUNGAN PROGRAM

Inti pati kepada program ini adalah pemahaman Al-Ghazali tentang "khuluq" iaitu “sifat yang terenap dalam diri dan keluar secara spontan”. Perbicaraan dilanjutkan dengan mengupas pengertian Insan (manusia) yang terkandung dalamnya 4 komponen iaitu Al-Nafs, Al-Akl, Al-Qalb dan Al-Ruh. Pengembaraan ilmu ini akan mendedahkan peserta tentang diri mereka sebenar, isu-isu jiwa, proses intervensi dan terapi untuk perbaikan diri serta seterusnya klimaks kepada pengembaraan kejiwaan yang disebut al-Saadah (kebahagiaan).

Picture%201_edited.jpg

Kerangka konsep Program XPIn Al-Ghazali

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Program ini amat sesuai untuk ibu-bapa, guru, Pentadbir Sekolah, kaunselor, psikologis, HR, Motivator, Inspirator, Terapis, Trainer dll.

al ghazali
personaliti

XPIn PERSONALITI

Program ini berfokus kepada “penerokaan kendiri” dengan membongkar  rahsia diri secara spesifik. Secara mudah manusia dikategorikan pada 5 kelompok utama yang mempunyai keistimewaan tertentu. 

 

XPIn adalah kombinasi pengetahuan yang bertunjangkan perspektif Carl Jung seorang psikologis yang mengklasifikasikan manusia kepada 4 kategori personaliti iaitu Sensing, Thinking, Intuition, Feeling dan disesuaikan dengan elemen kelima iaitu Instinct. Melaluinya berkembang puluhan teori tentang manusia  bagi memudahkan peserta memahami potensi yang terselindung di sebalik diri mereka, kompilasi teori-teori ini akan boleh terus berkembang sesuai dengan perkembangan ilmu dan kesesuaian.

                                                                                 

Program XPIn Personaliti berfokus kepada pembangunan personaliti yang bersasar. Lalu pemahaman konsep asas ini berkembang dalam konteks kehidupan manusia seharian.

 

Menariknya, XPIn adalah program bercorak aplikasi dalam setting sebenar kehidupan manusia. Pemahaman yang mendalam sangat membantu sekaligus mampu disesuaikan dalam pelbagai latar  kehidupan peserta.

KANDUNGAN PROGRAM

​

  • Memahami komponen insan dari perspektif Al-Ghazali dan Freud.

  • Memahami teori-teori asas yang melingkari XPIn.

  • Memahami pengaruh persekitaran dalam pembentukan personaliti.

  • Memahami ciri-ciri kumpulan personaliti serta pengaruhnya kepada tingkahlaku.

  • Memahami pengaruh 4 jenis darah kepada tingkahlaku.

  • Dan banyak lagi maklumat serta aplikasi personaliti dalam kehidupan seharian.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Individu, ibu-bapa, guru, pentadbir, kaunselor, psikologis, HR, Trainer, Motivator, Inspirator, usahawan, ahli korporat.

pembelajaran

XPIn PEMBELAJARAN

Program ini membantu peserta memahami pendekatan pembelajaran yang sesuai  untuk mereka serta perbezaan kaedah pembelajaran dengan individu yang lain. Ada 4 kaedah pembelajaran yang utama. Antaranya adalah Note based, Concept Map, Mind Map dan Analogy Based.

 

Melalui kefahaman yang betul tentang kandungan program peserta akan mampu mengembangkan pengetahuan yang diperolehi dalam setting sebenar.

onlline xpi.png

KANDUNGAN PROGRAM

Pendedahan tentang isu-isu pembelajaran yang terkait secara individu persiapan belajar, masalah belajar, kaedah mengingat, kaedah belajar dll.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Pelajar, ibubapa, guru, pentadbir, kaunselor, trainer, motivator, inspirator patut hadir untuk memahami lebih fokus pendekatan pemebelajaran yang betul dan tepat.

huffaz

XPIn HUFFAZ

Program ini memberi pendedahan kepada peserta kaedah menghafaz Al-Quran berorientasikan personaliti yang unik. Ini adalah satu-satunya pendekatan penghafazan yang berfokus kepada individu secara spesifik pernah dikemukakan di tengah masyarakat.

 

Secara ringkas ada 5 kaedah Hafazan yang akan diperkenalkan berdasarkan kesesuaian individu secara spesifik. Antaranya: Pemetaan pangkal ayat, Pemetaan pangkal ayat dan hujung ayat, pemetaan peta minda, pemetaan audiotori.

XPin.png

Beberapa teknik-teknik asas penghafazan juga akan diperkenalkan kepada peserta seperti chunking, taqsim, mnemonic, visualize, collab dan coop dll.

KANDUNGAN PROGRAM

Kaedah hafazan XPIn disesuaikan daripada pendekatan pembelajaran XPIn, teknik belajar, teknik memori, kaedah menghafaz moden dan tradisional pendekatan JAKIM dan beberapa pendekatan kendiri yang relevan.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Para pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz di MRSM ataupun SBP, SMKA, SMAN ataupun SABK melalui kurikulum TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) ataupun KBT (Kurikulum Bersepadu Tahfiz).

 

**Kebiasaannya dilaksanakan dalam bentuk kem. 3 hari 2 malam ataupun 2 hari 1 malam.

KELEBIHAN PROGRAM XPIn

KELEBIHAN PROGRAM XPIn

Terus kepada solusi

Peserta akan dapat mengenali diri mereka secara “live” serta aplikasi dalam kehidupan seharian. Kefahaman yang dibina akan membantu peserta tahu kekuatan dan kelemahan diri, kompetensi diri. Sekaligus akan melonjakkan konsep kendiri mereka di dalam menjalani kehidupan seharian.

"Cuba Jaya"

adalah istilah lapok

Peserta akan dilatih agar melakukan sesuatu berdasarkan kekuatan dan kelebihan diri yang semulajadi melalui bakat yang dianugerahkan. Tidak perlu membuang masa dan teragak-agak mendapatkan solusi. Cukup tahu dan memanfaatkan potensi diri yang telah diketahui.

Penjimatan masa

dan kos

Peserta akan dapat mengelakkan kesilapan memilih arah kerjaya, bidang pembelajaran dan pelbagai urusan seharian.

Setiap manusia mempunyai kehebatan

Membantu peserta mengenali kehebatan diri seterusnya membangunkan dan melonjakkan kecemerlangan diri ke tahap maksimum.

KHIDMAT YANG DITAWARKAN

Pakej Latihan Awam

  • XPIn Al-Ghazali

  • XPIn Personaliti (Level 1 & Level 2)

  • XPIn Pembelajaran 

  • XPIn Huffaz

  • XPIn Xcell Teacher

Pakej Latihan Jurulatih (Training of Trainers)

  • XPIn Al-Ghazali TOT

  • XPIn Personaliti TOT
        - Level 1: Basic

        - Level 2: Intermediate
        - Level 3: Advanced

  • XPIn Pembelajaran Practitioner

  • XPIn Pembelajaran TOT

  • XPIn Huffaz Practitioner

  • XPIn Huffaz TOT

©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page