
LATAR BELAKANG XPIn
XPIn adalah akronim bagi Xplorasi Potensi Insan. Ia adalah sebuah “branding” program pembinaan insan berfokuskan pembangunan Konsep Kendiri, Konsep Penghargaan Kendiri dan Konsep Effikasi Kendiri. Motto utama adalah “Meneroka - Membangun - Melonjak”.
​
Ketika ini, XPIn mengandungi 5 menu utama latihan iaitu XPIn Al-Ghazali, XPIn Personaliti, XPIn Pembelajaran, XPIn Huffaz dan XPIn Xcell Teacher.
​
XPIn adalah kombinasi pengetahuan yang bertunjangkan perspektif Carl Jung seorang psikologis yang mengklasifikasikan manusia kepada 4 kategori personaliti iaitu Sensing, Thinking, Intuition, Feeling. Disesuaikan dengan elemen kelima iaitu Instinct.
​
Ia boleh terus berkembang sesuai dengan perkembangan ilmu dan keperluan semasa.
"Sifat yang terenap dalam jiwa dan keluar secara spontan"
adalah terminologi ulung al-Ghazali (1058-1111) tentang personaliti.
Definisi ni telah di ilustrasikan oleh Bapa Psikologi moden, Sigmund Freud (1856-1939) melalui Teori Psikoanalisisnya dengan model "Ice berg"; Conscious - minda sedar dan Subconscious - minda bawah sedar (id - al-nafs, ego - fujur, superego -takwa).
Lebih jauh lagi, definisi Freud tentang model "Ice berg" ini sangat menepati landasan al-Quran (al-Shams 91: 7-8)
Mohd Azlan bin Adnan
​